Tuesday, August 6, 2019

Kebenaran Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Polisi Takaful

Kisah Medical Card cover RM50K setahun tapi bill hospital RM90K balance RM40K topup sendiri guna saving itu benar.

Kisah Insuran company beri cover RM30K setahun tapi actual treatment cost RM70K. Then kena transfer General Hospital itu benar.

Kisah Medical Card cover limit berjuta, bila meninggal tiada pampasan buat keluarga teruskan kehidupan itu juga benar.

Kisah medical card cover jutaan ringgit dengan caruman rendah tapi tak cover alatan implant itu juga benar.

Kisah polisi so called “Income Protection” dengan coverage jutaan ringgit, tapi bila diagnos penyakit kritikal tapi tak boleh claim selain hilang upaya kekal dan kematian itu juga benar.

Kisah polisi insuran so called ada saving after few years saving pun takde pun itu juga benar.

So dari contoh kisah-kisah diatas daripada pengalaman orang lain dan ejen, adakah anda cukup memahami tentang polisi yang anda ada sekarang?

Cuba balik selak balik polisi anda semak dengan ejen anda, atau bawa jumpa saya untuk buat cross check.

Abang Ris try to not selling product but try to provide best solution to You.

Updated tambahan idea: 15.59PM

Kisah ambil polisi caruman rendah kononnya cover full term, tapi cover cuma untuk 30 tahun sahaja itu paling banyak dan benar.

#TalkinTakaful #FreeToShare

Friday, August 2, 2019

PROMOSI Bulan Kemerdekaan!

PROMOSI COMBO MERDEKA UNTUK MEDICAL & LIFE TAKAFUL


Contoh WANITA UMUR 30 NON SMOKER
===============================
Medical Coverage Rm150,000 Setahun Unlimited Seumur Hidup RM83/bulan.
Pampasan Kematian & Hilang upaya Rm50,000 RM33/bulan.
Jumlah Rm116 Sebulan😁
Contoh LELAKI UMUR 30 NON SMOKER
==============================
Medical Coverage Rm150,000 Setahun Unlimited Seumur Hidup RM102/bulan.
Pampasan Kematian & Hilang upaya Rm50,000 RM43/bulan.
Jumlah RM145/bulan😁

"Apply medical card semasa sihat untuk diguna jika sakit nanti tanpa keluarkan kos yang tinggi".

"Apply Life Takaful semasa sihat supaya bila hilang upaya nanti kita dan keluarga ada duit backup untuk teruskan kehidupan".

Serious Appointment boleh pada detail dibawah:

Tuesday, July 30, 2019

Kos rawatan kini semakin tinggi!!!

KITA SEKARANG DALAM ZON KOS RAWATAN KESIHATAN YANG TINGGI
.
Anda menghabiskan maaa 30 tahun untuk membina simpanan anda untuk kegunaan persaraan.
.
Tetapi anda mengabaikan tentang kepentingan kesihatan dan medical card.
.
Malangnya, kita tidak boleh melarikan diri dari penyakit / kita tidak boleh meramalkan kemalangan.
.
Pada suatu hari, anda berjumpa doktor, anda menghabiskan masa 30 minit untuk berbincang dan menyedari bahawa anda terpaksa menjalani pembedahan yang menelan kos sebanyak RM300,000.
.
Hanya 30 minit untuk mendapatkan konsultasi dari doktor dan anda terpakaa menggunakan simpanan 30 tahun anda untuk kos pembedahan sebanyak RM300,000.
.
Kenapa tidak anda menghabiskan 3o minit bersama saya untuk berbincang menyediakan payung anda dengan AIA sebelum hari hujan!
.
Spend masa 30 minit anda bersama saya, dengan RM150 sebulan saya cuba sediakan payung bagi kos rawatan sehingga RM1.1Juta untuk anda sebelum Doktor minta anda sediakan RM300,000 untuk pembedahan.
Faris Yusoff

Life Planner AIA Public Takaful Ipoh
0162929090
http://RisYusoff.wasap.my

Catit no Pin ATM pasangan guna duit arwah selepas kematian adalah SALAH!

          

“Sayang, kalau I meninggal nanti, perkara pertama You  kena buat sebelum menangis adalah keluarkan wang dalam akaun bank I sebanyak mungkin limit harian I".

"Catit no pin atm kad I, catit username dan password online banking I, transfer sebanyak dan secepat mungkin sebelum semua akaun i kena freeze. Menangis-menangis tu nanti kemudian la.”

Dialog diatas lebih kurang posting viral sebelum ini tentang "ISTERI PERLU TAHU PIN ATM ID SERTA PASSWORD ONLINE BANKING SUAMI".

---------

Boleh keluarkan duit dari atm arwah suami/isteri tetapi banyak mana sahaja boleh keluarkan dalam limit harian? Mungkin cukup untuk kos pengurusan jenazah dah tahlil. Dan selebihnya dah jadi harta pusaka dan tidak boleh disalah guna atau digunakan sesuka hati.

Selepas meninggalnya seseorang itu, segala duit simpanan bank, pelaburan, rumah, tanah, ladang dan apa sahaja harta simati perlu diselesaikan hutangnya dahulu dan selebihnya perlu dibahagi mengikut Wasiat dan Hukum Faraidh selepas ditolak semua hutang simati.

Itupun kalau cukup untuk bayar hutang, kalau tak cukup? Waris wajib selesaikan. Dan proses Faraidh pula ada episod-episodnya yang biasa makan masa yang lama untuk diselesaikan oleh kerana drama segelintir waris-waris yang banyak kerenah.

Dalam proses menunggu pembahagian pusaka, bagaimana perbelanjaan isteri dan anak-anak? Ansuran kereta, bill utiliti, belanja sekolah, keperluan harian?

Kalau dahulu belanja isi rumah ditanggung bersama, kini tinggal isteri seorang untuk memikirkan semuanya. Walaupun dalam hukum Islam ia jatuh pada tanggungjawab Wali untuk menanggung nafkah.
Itu belum kira masalah ipar-duai dalam mendapatkan hak mereka.

Faraidh ada diceritakan AlQuran dalam ayat-ayat surah An-Nisa'.

Sebab hal ini orang ramai dah mula siapkan Hibah awal-awal. Hibah bukan penyelesaian kepada Wasiat atau faraidh, bukan juga lebih baik dari Wasiat atau Faraidh. Hibah cuma cabang bagi membantu meringankan beban waris dalam menunggu segala proses Wasiat dan Faraidh.

Apa itu Hibah? Hibah membawa maksud Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat,  imbalan atau balasan.

Hibah Takaful adalah Hibah Al-Ruqba ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup.

Al-Ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Dengan Pelan HIBAH TAKAFUL, dapat memberi peluang kepada orang ramai yang tidak mempunyai banyak harta tapi ingin menghibahkan harta dalam bentuk tunai yang tinggi untuk dihibahkan kepada anak isteri bagi meringankan beban mereka setelah kehilangan anda sebagai ketua keluarga atau penanggung nafkah.

Polisi Hibah Takaful boleh dimiliki dengan caruman serendah RM100 sebulan. Anda boleh memilih tempoh perlindungan, tempoh bayaran, dan sesiapa sahaja penerima hibah yang anda mahukan walaupun diluar ahli keluarga sendiri.

Ia sesuai bagi yang ada mempunyai anak angkat, individu berpoligami, mempunyai anak perempuan sahaja, mualaf yang ingin memberikan harta pada keluarga yang belum Islam, Ahli perniagaan yang banyak bersedekah, dan sesiapa sahaja.

Jika penama penerima hibah meninggal dahulu, hibah ini boleh dibuat penamaan semula pada penerima lain. Jika penghibah panjang umur sehingga polisi sampai tempoh matang, sejumlah nilai caruman boleh dikeluarkan sebagai jumlah tunai, dan boleh diberi secara terus kepada penerima.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi, nescaya kamu akan saling mengasihi

"Ada nak tanya? Ada soalan?"
Enta tanya, IsyaAllah Ana jawab. :-)

#NotaKaki : Abang Ris bagi pin atm kad pada Kak Lyna, tapi biasanya duit takdepun dalam akaun tu, Abang Ris bagi Username dan password online banking, tapi TAC number verification ada 3 lapis. Hahahaha :-P. Tapi penerima hibah polisi Abang Ris 100% atas penamaan Kak Lyna. :-*

#REPOST #HIBAH #HIBAHTAKAFUL #INCOMEPROTECTION

Faris Yusoff
FullTime Consultant AIA Public Takaful Ipoh
0162929090
KLIK DISINI UNTUK WHATSAPP SAYA DIRECT