“Sayang, kalau I meninggal nanti, perkara pertama You kena buat sebelum menangis adalah keluarkan wang dalam akaun bank I sebanyak mungkin limit harian I".
"Catit no pin atm kad I, catit username dan password online banking I, transfer sebanyak dan secepat mungkin sebelum semua akaun i kena freeze. Menangis-menangis tu nanti kemudian la.”
Dialog diatas lebih kurang posting viral sebelum ini tentang "ISTERI PERLU TAHU PIN ATM ID SERTA PASSWORD ONLINE BANKING SUAMI".
---------
Boleh keluarkan duit dari atm arwah suami/isteri tetapi banyak mana sahaja boleh keluarkan dalam limit harian? Mungkin cukup untuk kos pengurusan jenazah dah tahlil. Dan selebihnya dah jadi harta pusaka dan tidak boleh disalah guna atau digunakan sesuka hati.
Selepas meninggalnya seseorang itu, segala duit simpanan bank, pelaburan, rumah, tanah, ladang dan apa sahaja harta simati perlu diselesaikan hutangnya dahulu dan selebihnya perlu dibahagi mengikut Wasiat dan Hukum Faraidh selepas ditolak semua hutang simati.
Itupun kalau cukup untuk bayar hutang, kalau tak cukup? Waris wajib selesaikan. Dan proses Faraidh pula ada episod-episodnya yang biasa makan masa yang lama untuk diselesaikan oleh kerana drama segelintir waris-waris yang banyak kerenah.
Dalam proses menunggu pembahagian pusaka, bagaimana perbelanjaan isteri dan anak-anak? Ansuran kereta, bill utiliti, belanja sekolah, keperluan harian?
Kalau dahulu belanja isi rumah ditanggung bersama, kini tinggal isteri seorang untuk memikirkan semuanya. Walaupun dalam hukum Islam ia jatuh pada tanggungjawab Wali untuk menanggung nafkah.
Itu belum kira masalah ipar-duai dalam mendapatkan hak mereka.
Faraidh ada diceritakan AlQuran dalam ayat-ayat surah An-Nisa'.
Sebab hal ini orang ramai dah mula siapkan Hibah awal-awal. Hibah bukan penyelesaian kepada Wasiat atau faraidh, bukan juga lebih baik dari Wasiat atau Faraidh. Hibah cuma cabang bagi membantu meringankan beban waris dalam menunggu segala proses Wasiat dan Faraidh.
Apa itu Hibah? Hibah membawa maksud Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat, imbalan atau balasan.
Hibah Takaful adalah Hibah Al-Ruqba ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup.
Al-Ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Dengan Pelan HIBAH TAKAFUL, dapat memberi peluang kepada orang ramai yang tidak mempunyai banyak harta tapi ingin menghibahkan harta dalam bentuk tunai yang tinggi untuk dihibahkan kepada anak isteri bagi meringankan beban mereka setelah kehilangan anda sebagai ketua keluarga atau penanggung nafkah.
Polisi Hibah Takaful boleh dimiliki dengan caruman serendah RM100 sebulan. Anda boleh memilih tempoh perlindungan, tempoh bayaran, dan sesiapa sahaja penerima hibah yang anda mahukan walaupun diluar ahli keluarga sendiri.
Ia sesuai bagi yang ada mempunyai anak angkat, individu berpoligami, mempunyai anak perempuan sahaja, mualaf yang ingin memberikan harta pada keluarga yang belum Islam, Ahli perniagaan yang banyak bersedekah, dan sesiapa sahaja.
Jika penama penerima hibah meninggal dahulu, hibah ini boleh dibuat penamaan semula pada penerima lain. Jika penghibah panjang umur sehingga polisi sampai tempoh matang, sejumlah nilai caruman boleh dikeluarkan sebagai jumlah tunai, dan boleh diberi secara terus kepada penerima.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi, nescaya kamu akan saling mengasihi
"Ada nak tanya? Ada soalan?"
Enta tanya, IsyaAllah Ana jawab. :-)
#NotaKaki : Abang Ris bagi pin atm kad pada Kak Lyna, tapi biasanya duit takdepun dalam akaun tu, Abang Ris bagi Username dan password online banking, tapi TAC number verification ada 3 lapis. Hahahaha :-P. Tapi penerima hibah polisi Abang Ris 100% atas penamaan Kak Lyna. :-*
#REPOST #HIBAH #HIBAHTAKAFUL #INCOMEPROTECTION
Faris Yusoff
FullTime Consultant AIA Public Takaful Ipoh
0162929090
KLIK DISINI UNTUK WHATSAPP SAYA DIRECT